banner

create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, May 28, 2013

New Talent

Selain daripada berbakat dalam bidang SILAP MATA , Amira juga berbakat dalam bidang nyanyian . Beliau pernah menyertai ujibakat program yang dianjurkan oleh pihak Astro pada tahun 2010 iaitu Kamilah Bintang . tetapi mungkin rezeki masih tidak menyebelahi beliau . Sedikit Imbasan pada tahun 2010 .

Kenangan selepas ujibakat pada tahun 2010 yang diadakan di Hotel Bluewave Johor Bahru  :) 

Selain itu , Amira juga pernah di panggil oleh pihak RTM Johor untuk Recording di Studio mereka . Alhamdulillah pada tahun 2011 itu , lagu dan ucapan beliau diputarkan di Radio Johorfm . Sedikit Imbasan pada tahun 2011 . 

Kenangan bersama DJ MALIK . :) 

Pada Tahun 2012 , Amira mencuba nasib dalam program Realiti Tv yang dianjurkan oleh pihak RTM iaitu Bintang RTM 2012 . Mungkin pada masa tu rezeki tidak menyebelahi beliau . tetapi beliau tetap bersyukur kerana mendapat pujian daripada juri semasa ujibakat . Sedikit imbasan pada tahun 2012 . 

Kenangan sebelum ujibakat yang diadakan di Metrojaya Plaza Pelangi Johor . 

Walauapapun , Amira akan terus berusaha demi untuk mencapai apa yang beliau inginkan . Mungkin juga beliau akan ceburi bidang yang tidak pernah beliau lalui sebelum ini . Teruskan Usaha dan Jangan Mudah Putus Asa . Jangan lupa untuk dengarkan Nyanyian "Cover" lagu beliau di Sound Cloud . ( https://soundcloud.com/mira-helmisweetfriend ) Teruskan memberi dorongan kepada beliau . 

Monday, May 27, 2013

Mimpi Ke Bintang 2012 TV2

Hey whaddup guys ! Sorry sebab saya tak selalu update blog , sebab terlalu busy dengan show dan sekolah . Lagipun tahun ni saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM , anda doakan yang terbaik utk saya ye . Alhamdulillah . Awal tahun ini yang lalu , saya sudah pon melepasi peringkat ujibakat Mimpi Ke Bintang 2012 dan layak ke suku akhir . Mungkin rezeki tidak menyebelahi saya , saya hanya sampai ke peringkat Suku Akhir , saya cukup bersyukur kerana sampai ke peringkat tersebut . Terima Kasih kepada pihak Radio Televisyen Malaysia RTM & Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara JKKN yang percaya dengan bakat dan kebolehan saya . :)
Kenangan di Auditorium Perdana Angkasapuri RTM Kuala Lumpur :) 

Kenangan bersama Pengacara Program Mimpi Ke Bintang 2012 . Azad Jazmin 

Kenangan bersama Juri Jemputan Mimpi Ke Bintang TV2 2012 :)